Rahsia Sujud dalam Solat ****
****
Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam
tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada
hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah
s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang
selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti
ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah
Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat
adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka
menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula
boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat
asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah
dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur
dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti
seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah
yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang
mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak
busa/buih laut ”
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak
disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan
ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu
mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!
Kalau ada yg nak tambah silakan - kita berkongsi ilmu di sini
Jika ada kesalahan dalam artikel ini sila beri tunjuk ajar dan harap
dapat perbetulkan. ****

0 comments:
Post a Comment