/>
    TIDAK PENTING BERAPA LAMA KITA AKAN HIDUP,TETAPI APAKAH YANG KITA LAKUKAN SEMASA HIDUP.      TANPA PERMULAAN TIDAK AKAN ADA PENGAKHIRAN.       CARILAH SERIBU SAHABAT DALAM PERGAULAN,KERANA SERIBU SAHABAT BELUM BANYAK.  JAUHI SEORANG MUSUH,KERANA MUSUH YANG SEORANG ITU SUDAH LEBIH BANYAK.      ORANG YANG MEMBUAT KESALAHAN DAN BERDUSTA BAGI MENUTUP KESALAHAN BERERTI MEMBUAT DUA KESALAHAN

Thursday, January 6, 2011

Info-Khasiat & Faedah Mandi Wap Panas

Antara Khasiat & Faedah Mandi Wap Panas Dengan Set Sauna:


Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.

Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.

Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury.

Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.

Meningkatkan sistem kardiovascular.

Menghilangkan tekanan dan perehatan otot.

Melancarkan peredaran darah.

Meningkatkan sistem immunisasi badan.

Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki.

Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda.

Sila perhatikan manafaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain.

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.

2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori

3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 Б─⌠ 500 kalori.

4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori

5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Tuesday, January 4, 2011

iman 20 sen

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabatku... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Semoga Bermanfaat!