/>
    TIDAK PENTING BERAPA LAMA KITA AKAN HIDUP,TETAPI APAKAH YANG KITA LAKUKAN SEMASA HIDUP.      TANPA PERMULAAN TIDAK AKAN ADA PENGAKHIRAN.       CARILAH SERIBU SAHABAT DALAM PERGAULAN,KERANA SERIBU SAHABAT BELUM BANYAK.  JAUHI SEORANG MUSUH,KERANA MUSUH YANG SEORANG ITU SUDAH LEBIH BANYAK.      ORANG YANG MEMBUAT KESALAHAN DAN BERDUSTA BAGI MENUTUP KESALAHAN BERERTI MEMBUAT DUA KESALAHAN

Friday, June 24, 2011

Berpada-pada dalam bersedekah

Ibnu Hizam berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: "Tangan yang di
atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Dan berilah lebih dahulu kepada
orang yang engkau tanggungi.

Dan sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang sesudah kita berikan masih ada
sisa yang cukup bagi kita. Sesiapa yang memelihara diri daripada yang haram
dan meminta-minta, nescaya Allah menjadikannya orang yang terpelihara.

Dan sesiapa yang memohon kepada Allah supaya diberi kecukupan, nescaya Allah
memberikan kecukupan untuknya."

*Riwayat Al-Bukhari dan Muslim*

*Huraian Hadith: *

Sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang tidak membuatkan kita ditimpa
kesusahan akibat terlalu banyak memberi atau dengan perkataan lain pastikan
masih ada sisa yang tinggal untuk kita meneruskan kehidupan.

Malah dalam bersedekah juga utamakanlah orang yang di bawah tanggungan kita
terlebih dahulu daripada yang lain.

*BERSEDEKAH MENSUCIKAN JIWA*

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment